Selamat menyambut hari Umno ke 67!
Secara kebetulan Hari Umno tahun ini disambut selepas beberapa hari negara selesai mengadakan pilihanraya ke-13.
PRU-13 memperlihatkan buat pertama kali BN gagal memenangi undi popular berbanding pembangkang dengan hanya mendapat 48% sahaja.
BN juga hanya menguasai sebanyak 133 kerusi parlimen berbanding PRU lepas sebanyak 140 kerusi.
Kerusi DUN juga merosot daripada 344 kerusi kepada 275 kerusi pada PRU-13.
Jika pada tahun 2008 BN mendapat 4.0 juta undi, maka pada tahun ini BN hanya mendapat sebanyak 5.3 juta undi dengan pertambahan hanya 1.3 juta undi.
Manakala PR menambah sebanyak 1.9 juta undi daripada 3.7 juta undi pada 2008 kepada 5.6 juta undi pada 2013.
Namun Johor, Sabah dan Sarawak kekal menjadi penyumbang terbesar kepada penubuhan kerajaan persekutuan dengan ketiga-tiga negeri ini menjamin separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen BN.
Namun untuk berlaku adil, Umno berjaya meningkatkan pencapaiannya daripada 79 kerusi parlimen pada 2008 kepada 88 kerusi parlimen pada 2013.
Selain itu Umno juga berjaya menambah daripada 239 kerusi DUN kepada 244 kerusi pada 2013.
Ini mengekalkan Umno sebagai tunjang kepada BN dan wakil terbesar kepada suara kaum Bumiputera.
Harus diingat, Umno kini adalah milik Bumiputera dan tidak terhad kepada kaum Melayu sahaja.
Bumiputera merangkumi kaum Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan suku peribumi di Sabah dan Sarawak.
Ini bermaksud cabaran Lim Kit Siang supaya Umno tidak menghadkan keahlian kepada bangsa Melayu adalah satu cabaran yang tertinggal dan tidak melihat perkembangan Umno.
Buat semua ahli Umno, Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki dan menguatkan saf sesama kita.
Buat pembaca blog ini, artikel ini mungkin antara yang terakhir selepas blog ini diwujudkan 5 tahun lepas iaitu pada Mac 2008.
Blog ini merupakan sebuah blog tanpa tajaan sesiapa dan artikel yang disiarkan merupakan pandangan ikhlas untuk kepentingan Umno tanpa adanya agenda peribadi.
Sehingga kita berjumpa lagi dan Selamat Hari Umno!
UMNO@Johor
SETIA UNTUK PARTI; BUKAN UNTUK INDIVIDU
Sunday, May 12, 2013
Adakah Khaled Nordin Calon MB Terbaik?
Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, DS Khaled Nordin akan mengangkat sumpah sebagai MB Johor diikuti barisan Exco pilihan beliau.
Khaled akan mengetuai barisan kepimpinan BN di Johor selepas beberapa kali dispekulasikan sebagai MB Johor sejak 2004.
Namun begitu, belum sempat Khaled mengangkat sumpah, sudah ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan peribadi dan cara kerja beliau.
Antara yang dibangkitkan ialah keupayaan Khaled untuk menyatukan kepimpinan Umno Johor. Selain itu ada juga suara yang menyuarakan kebimbangan akan penglibatan adik-beradik beliau.
Kita berharap semoga Khaled dapat melaksanakan tugas beliau dengan jujur dan amanah selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.
Jika Khaled gagal membuktikan keupayaan beliau, maka wajarlah perkhidmatan beliau tidak diteruskan pada penggal akan datang.

Friday, May 10, 2013
Bakal Menteri Dari Johor
Walaupun diasak dengan teruk, Johor kekal menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen untuk BN di Semenanjung Malaysia.
Daripada 26 kerusi parlimen dipertandingkan, BN Johor menyumbang sebanyak 21 kerusi iaitu peratus kejayaan sebanyak 80%.
Selain itu, wakil Umno Johor hanya tewas dua kerusi Parlimen iaitu Gelang Patah dan Batu Pahat, dan dua kerusi DUN iaitu Sg Abong dan Maharani.
Secara keseluruhannya BN Johor masih berjaya mengekang asakan bertubi-tubi pembangkang yang mahu meruntuhkan kubu kuat Umno ini.
Secara tradisinya, barisan kabinet akan dibarisi oleh ramai wakil Johor.
Diketuai TS Muhyiddin Yassin sebagai TPM, Hishamuddin dan Subramaniam turut dijangka mengekalkan jawatan sebagai Menteri Penuh.
Pada kali ini juga Ahmad Maslan dan Latif Ahmad dijangka akan diberi peluang sebagai Menteri Penuh.
Selain itu nama-nama seperti Nor Ihsanuddin, Aziz Kaprawi, Nur Jazlan selain Razali Ibrahim disebut-sebut akan diberi peluang sebagai Timbalan Menteri.
Turut menjadi perhatian sama ada DS Najib akan mempertimbangkan untuk memberi peluang seterusnya kepada mantan MB Johor, DS Ghani Othman untuk terus memberi khidmat dalam kabinet beliau.
Semoga mereka yang terpilih akan terus memberi khidmat terbaik dalam menjamin kelangsungan UMNO untuk masa hadapan.

Kabinet Baru Malaysia Angkat Sumpah Isnin Ini?
Menurut beberapa maklumat dalaman, kabinet baru Malaysia akan mengangkat sumpah pada Isnin ini.
Seterusnya DS Najib akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama pada Rabu minggu yang sama.
Menurut sumber itu juga, terdapat desakan agar wakil Sabah & Sarawak diberi lebih banyak peranan penting dalam kabinet baru ini.
Berbanding barisan kabinet sebelum PRU13, wakil Sabah Sarawak hanya mengisi sekitar 25% daripada jumlah Menteri dan diberi kementerian yang kurang penting.
Untuk kabinet kali ini, Najib perlu mempertimbangkan wakil daripada Sabah Sarawak sekurang-kurangnya 40% daripada keseluruhan kabinet dengan pilihan kementerian yang lebih kanan dan penting.
Khairy Jamaluddin juga dijangka akan diberi peluang kembali ke barisan kabinet sebagai menteri penuh sebagai menghargai sokongan Pemuda Umno dalam PRU yang lepas.

Wednesday, May 08, 2013
Bantah Keputusan PRU, Tapi Angkat Sumpah Sebagai MB/KM
Ternyata Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan kemenangan PR pada PRU13.
Beliau secara berterusan memainkan emosi dan sentimen di kalangan penyokong pembangkang untuk tidak menghormati kemenangan BN di peringkat pusat.
Walaubagaimanapun, parti pakatan kepada Anwar iaitu PAS dan DAP telah mengambil langkah meletakkan calon mereka dan mengangkat sumpah sebagai MB di Kelantan dan KM di Pulau Pinang.
Jika benar SPR melakukan penipuan secara besar-besaran, kenapa PAS dan DAP menyuruh calon mereka mengangkat sumpah dan menjadi MB/KM di negeri-negeri berkenaan?
Bukankan lebih baik semua calon PR meletakkan jawatan dan membuat pilihanraya kecil secara besar-besaran sebagai tanda protes?
Inilah Anwar. Jika kalah segalanya adalaha penipuan BN dan SPR tidak jujur.
Jika Anwar berjaya menguasai Putrajaya, maka pastinya SPR dan sistem pemilihan akan dipuji sehingga ke langit.
Namun Anwar bukanlah si bodoh yang sebenar. Orang bodoh yang sebenar ialah pengikut Anwar yang percayakan setiap butir kata yang keluar dari mulut beliau sehingga sanggup merosakkan keharmonian negara Malaysia yang tercinta ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)